Tuesday 30 April 2013

MARI BERMAIN PASIR


Tema : Pasir
Hari : Selasa
Tarikh : 23 April 2013
Masa : 8.30 -9.10 pagi
Standard Pembelajaran Utama:
PFK 1.1.3 Menggunakan tangan untuk meramas.
PFK 1.1.11 Menggunakan jari untuk merenjis.
Standard Pembelajaran yang Disepadukan :
PM 14.1.1 Menjayakan aktiviti secara berkumpulan

Aktiviti yang dijalankan :
1.             Guru menunjukkan pelbagai acuan plastik kepada murid.
2.           Murid membuat bulatan mengelilingi ruang berpasir 
dan bersama-sama merenjis air ke atas pasir.
3.           Murid meramas-ramas pasir agar ia mudah dibentuk 
dan juga mudah dimasukkan ke dalam acuan.
4.         Murid menggunakan acuan untuk membentuk pelbagai 
bentuk binaan dan menghias mengikut kreativiti mereka.
5.          Murid menceritakan tentang hasil kerja mereka.






LAGU


Tema : Air
Hari : Khamis
Tarikh : 25 April 2013
Masa : 11.20 -11.50 pagi

Aktviti :
1.  Murid dibimbing menyebut senikata lagu.
2.  Murid dibimbing menyanyi dengan sebutan
yang betul.
3.  Murid menyanyi sambil melakukan pergerakan.





"KOLAJ SISIK IKAN"

Tema : Air
Hari  : Selasa
Tarikh : 18 April 2013
Masa : 8.30-9.10 pagi

Standard Pembelajaran Utama:
KTI 1.2.8 Membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti sendiri melalui
pelbagai aktiviti dengan bimbingan.

Aktitivi :

 




 
Hasil kerja murid.

Monday 22 April 2013

SING A SONG - ONCE I CAUGHT A FISH ALIVE

Theme : Water
Day  : Wednesday
Date : 17 April 2013
Time : 10.10 -11.10 am
Contents Standard :
BI 1.6.1 Sing a songs
BI 1.6.3 Sing a songs with the correct pronunciation and intonation

ONCE I CAUGHT A FISH ALIVE




One, two, three, four, five,
Once I caught a fish alive,
Six, seven, eight, nine, ten,
Then I let it go again.

Why did you let it go?
Because it bit my finger so.
Which finger did it bite?
This little finger on the right.

One, two, three, four, five,
Once I caught a crab alive,
Six, seven, eight, nine, ten,
Then I let it go again.

Why did you let it go?
Because it bit my finger so.
Which finger did it bite?
This little finger on the right.

One, two, three, four, five,
Once I caught an eel alive,
Six, seven, eight, nine, ten,
Then I let it go again.

Why did you let it go?
Because it bit my finger so.
Which finger did it bite?
This little finger on the right.


Thursday 18 April 2013

KREATIVITI - Capan

Tema   : Air
Hari     : Selasa
Tarikh  : I5 April 2013
Masa   : 8.30-9.10 pagi

Standard Pembelajaran :
KTI 1.2.8 Membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti sendiri
                 melalui pelbagai aktiviti dengan bombingan.
KTI 1.3.5 Menyatakan pandangan secara lisan hasil kerja sendiri dan rakan.

Aktiviti :
1. Murid dibimbing membancuh pelbagai warna air.
2. Murid dibimbing membuat aktiviti capan menggunakan span berbagai bentuk.
3. Perbualan tentang hasil kerja rakan-rakan.


NYANYIAN DAN GERAKAN - Air Pasang Dalam

Tema   : Air
Hari     :  Isnin
Tarikh  : 15 April 2013
Masa   : 11.10-11.50 pagi

Standard Pembelajaran :
KTI 2.1.8 Menyanyi lagu dengan iringan muzik.
KTI 2.1.10 Menyanyi dengan sebutan yang jelas.

Aktiviti :
1. Murid menyebut  lirik lagu.
2. Murid dibimbing menyanyi dengan iringan muzik
3. Murid menyanyi sambil menari.



Saturday 13 April 2013

KREATIVITI - Menghias donat

Tema    : Makanan

Hari     : Jumaat

Tarikh : 12 Mac 2013

Masa   : 8.30 -9.10 pagi

Standard Pembelajaran
KTI 1.1.3 Memilih pelbagai bahan yang sesuai dalam penghasilan karya.
KTI 1.1.4 Memanipulasi bahan secara kreatif untuk penghasilan 
                 karya dengan bimbingan.
KTI 1.3.4 Menceritakan dan mempamerkan hasil kerja sendiri.


Aktiviti
1. Bersoaljawab tentang tema makanan.
2. Penerangan tentang aktiviti dan cara untuk 
    menghias donat.
3. Murid dibimbing menghias donat.
4. Murid menghias donat mengikut kreativiti dan warna kegemaran.
5. Murid bercerita tentang hasil kerja.





Tuesday 9 April 2013

KREATIVITI - Ice-cream cone

Tema    : Makanan
Hari      : Selasa
Tarikh   : 9 Mac 2013
Masa    : 8.30 -9.10 pagi

Stanadard Pembelajaran :
KTI 1.1.2 Mengenal bahan yang diperlukan dalam menghasilkan sesuatu karya contohnya berus.
KTI 1.1.3 Memilih pelbagai bahan yang sesuai dalam penghasilan karya.
KTI 1.2.12 Menggunakan bahan kutipan yang sesuai untuk penghasilan karya.
KTI 1.3.4 Menceritakan dan mempamerkan hasil kerja sendiri.

Aktiviti
1. Penerangan aktiviti dan bahan-bahan yang digunankan untuk membuat model aiskrim.
2. Murid membentuk kon dan memasukkan kapas ke dalam kon.
3. Murid mewarna kapas mengikut warna kegemaran contohnya
    warna kuning bagi aiskrim berperisa jagung
    warna merah bagi aiskrim berperisa strawberi.
4. Murid mempamer dan menceritakan tentang hasil kerja.



Bahan - bahan yang diperlukan.

Murid - murid sedang mewarna.

Murid - murid mempamerkan hasil kerja.



Monday 8 April 2013

KREATIVITI - Topeng Muka

Tema   : Emosi
Tarikh :  5 Mac 2012
Hari     : Jumaat
Masa   : 10.10 -10.50 pagi

Standard Pembelajaran :
KTI 1.1.5 Mewarnakan gambar dalam ruang tertentu.
PFK 1.1.8Menggunting dengan cara yang betul.

Aktiviti
1. Murid mewarna gambar topeng.
2. Murid menggunting mengikut bentuk topeng.
3. Murid mengikat getah pada topeng yang telah siap.
4. Murid bercerita tantang hasil kerja.
5. Murid memakai topeng yang telah siap.


Wednesday 3 April 2013

PERGERAKAN KREATIF 'Chicken Dance'

Tema        : Emosi
Tarikh       : 2 April 2013
Hari          : Selasa
Masa        : 8.30 hingga 9.10 pagi

Standard Pembelajaran : 
KTI 2.4.1 Membuat gerakan anggota badan mengikut lirik lagu.
KTI 2.4.2 Menggerakkan anggota badan secara kreatif mengikut muzik dengan bimbingan.

Langkah Pengajaran :
1. Penerangan aktiviti.
2. Murid melakukan 5 langkah pergerakan.
3. Murid menggerakkan anggota badan mengikut muzik   "Chicken Dance".






  

STANDARD DOMAIN KREATIVITI (SDK)

        Kreativiti adalah potensi semula jadi yang dipunyai oleh semua individu. Pemikiran kreatif dan inovatif perlu dipupuk di kalangan murid semasa proses pembelajaran dan pengajaran mulai dari perasekolah lagi. Kurikulum persekolahan perlu memberi peluang kepada murid untuk menjadikan mereka suka menyoal dan mencari jawapan, membuat perkaitan dan melihat hubung kait, menjangka apa yang akan berlaku, membuat spekulasi tentang kemungkinan, meneroka idea, berfikir secara liberal dan membuat refleksi tentang idea, tindakan dan hasil. Peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif boleh diberikan kepada kanak-kanak.

Pemupukan kreativiti dan inovasi dalam kurikulum prasekolah dimantapkan melalui dua pendekatan utama iaitu :

  1. Penerapan kreativiti dan inovasi dalam semua tunjang melalui aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
  2. Memberi fokus khusus kepada kreativiti melalui pendidikan muzik dan pendidikan seni visual.

Standard Domain Kreatif di prasekolah terdiri daripada dua komponen iaitu:

Standard Domain Kreativiti Pertama : Guru prasekolah perlu menyediakan peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif.

Standard Domain Kreativiti Kedua : Guru prasekolah perlu menyediakan peluang kepada murid agar mereka menghayati dan menghargai nilai estetika dalam kehidupan dan seterusnya meningkatkan naluri mereka untuk menghasilkan karya kreatif secara berterusan dan beretika.

               

Tuesday 2 April 2013

TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA


KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

(KSPK)


TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA :

1. Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan

2. Perkembangan Kreativiti



PERKEMBANGAN KREATIVITI

Perkembangan Kreativiti merangkumi :

1. Seni visual

2. Pendidikan Muzik serta Drama

3. Pergerakan Kreatif


Kanak-kanak diberi peluang untuk menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti.

Fokus seni visual adalah pada aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apresiasi. 

Aplikasi seni merujuk kepada proses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya.

Ekspresi kreatif adalah proses penghasilan karya.

Apresiasi seni melibatkan proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran.

Drama dan Gerakan Kreatif merangkumi main peranan, berlakon, menari dan membuat gerakan kreatif.