Saturday 30 March 2013

PROGRAM KEMBARA ILMU 1 MALAYSIA


Program Kembara Ilmu 1 Malaysia Daerah Kinta Utara 2013 diadakan pada 16 Mac 2013 adalah aktiviti untuk memantapkan  peribadi dan jati diri murid dalam melalui proses pendidikan sejajar dengan harapan KPM dalam menjayakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) berkaitan perkembangan insan seperti psikomotor, kognitif, emosi dan sosial. 
     Objektif utama program ini memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai aplikasi sains yang mudah di sekeliling kita dan melengkapkan murid dengan pengalaman sebenar meneroka ilmu sains.  Seramai 40 orang guru dan 40 orang murid menyertai program ini dibawa melawat ke Petrosains dan Pusat Sains Negara. Program ini diketuai oleh Pegawai PPD Kinta Utara.









        Semoga Program Kembara Ilmu 1 Malaysia ini akan diadakan lagi pada tahun akan datang.


PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN

Program Kesihatan Pergigian untuk murid-murid prasekolah dijalankan 2 kali setahun. Kali pertama bagi tahun 2013 telah diadakan pada 15 Feb 2013. Kali kedua akan diadakan pada penggal kedua persekolahan beserta dengan rawatan pergigian seperti tampalan dan cabutan gigi. Program ini menggunakan pendekatan yang mesra dan penyayang dimana jururawat pergigian memperkenalkan rawatan pergigian tidak invasif kepada kanak-kanak melalui inisiatif promosi dan pencegahan.Ini termasuklah sesi memberus gigi, pertunjukan boneka, ‘roleplay’ dan lain-lain aktiviti yang menyeronokkan.Selaras dengan pedekatan bukan invasif,teknik ART telah diterapkan untuk memberi rawatan pemulihan yang memadai kepada kanak-kanak.





PROGRAM PENYAYANG


Program Penyang telah dilaksanakan disemua sekolah termasuklah di kelas prasekolah. Objektif Program ialah :
  • Mewujudkan iklim dan budaya sekolah yang positif berdasarkan konsep sekolah penyayang untuk mencapai kecemerlangan hidup melalui proses penimbaan ilmu dan pengetahuan.
  • Berusaha melahirkan para pelajar yang mempunyai disiplin kendiri, bersikap positif, berdikari dan sedar akan tanggungjawab mereka selepas kepada diri sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara.
  • Mencorak dan mendedahkan pengalaman yang produktif serta berusaha mengeratkan perhubungan antara pelajar, guru dan kakitangan sekolah.
  • Mewujudkan persefahaman dan kerjasama dengan masyarakat setempat dan menarik minat serta kepekaan masyarakat supaya terlibat sama menangani apa jua perkembangan yang dilalui oleh sekolah.
  • Menyemai rasa bangga dan sayang terhadap sekolah.
  • Memupuk kesedaran untuk terus belajar, meningkatkan kemahiran, sentiasa memperbaharui azam, menanam dan mencernakan sahsiah terpuji dan nilai-nilai murni di kalangan pelajar.
  • Sentiasa berusaha mengembangkan lagi kecekapan dan potensi staf dan kakitangan sekolah ke arah peningkatan produktiviti.

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID

Sambutan hari lahir murid diadakan pada setiap hujung bulan. Tujuan utama bagi memperingati tarikh lahir setiap murid. Di samping itu dapat melahirkan perasaan gembira di kalangan murid-murid.
     Aktiviti yang diadakan seperti nyanyian lagi " Happy Birthday", acara memotong kek dan makan kek hari lahir bersama kawan-kawan. Dengan adanya acara sebegini membuatkan murid-murid rasa lebih dihargai.

                                  


PERKHEMAHAN TAHUNAN PRASEKOLAH

Perkhemahaan Tahunan Prasekolah  merupakan aktivti luar yang diadakan setiap tahun. Tujuan utama adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang asas perkhemahan Di samping itu dapat memupuk sifat berani dan berdikari dalam diri murid-murid. Aktiviti yang dijalankan ialah memasang khemah, sukaneka, menyediakan sarapan pagi dan mewarna.








  Aktiviti yang dilaksanakan ini sungguh menyeronokkan murid-murid. Kegembiraan jelas terpancar diwajah mereka walaupun keletihan.

GELERI KENANGAN 2003 -2013

Prasekolah Al-Husna SKKPP telah 10 tahun beroperasi. Pelbagai kenangan suka duka telah dilalui oleh guru, PPM dan murid-murid. Kenangan paling manis bagi seorang guru apabila murid-muridnya berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Di samping itu selain berjaya dalam akademik, prasekolah SKKPP juga pernah cemerlang dalam pelbagai pertandingan yang disertai di peringkat kelompok, peringkat daerah dan peringkat negeri. Antara pertandingan disertai ialah pertandingan bercerita, deklamasi sajak, hafazan, tarian dan nyanyian gerakan. Hasil kerjasama guru-guru serta PPM dan bakat yang ada pada murid pelbagai kreativiti telah ditonjol dan dapat diketengahkan. 
    Selain daripada menyertai pertandingan, prasekolah SKKPP juga terlibat dengan pelbagai acara persembahan di sekolah dan juga majis-majlis tertertu seperti sanbutan Hari Makanan Sihat Peringkat Negeri. Pendidikan prasekolah juga menitik beratkan mencungkil bakat murid dalam bidang sukan dan permainan melalui aktiviti sukan yang diadakan.  
       Aktiviti lawatan sambil belajar juga diadakan setiap tahun bagi memberi pengalaman yang luas tentang dunia luar kepada murid-murid.