Program Penyang telah dilaksanakan disemua sekolah termasuklah di kelas prasekolah. Objektif Program ialah :
- Mewujudkan iklim dan budaya sekolah yang positif berdasarkan konsep sekolah penyayang untuk mencapai kecemerlangan hidup melalui proses penimbaan ilmu dan pengetahuan.
- Berusaha melahirkan para pelajar yang mempunyai disiplin kendiri, bersikap positif, berdikari dan sedar akan tanggungjawab mereka selepas kepada diri sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara.
- Mencorak dan mendedahkan pengalaman yang produktif serta berusaha mengeratkan perhubungan antara pelajar, guru dan kakitangan sekolah.
- Mewujudkan persefahaman dan kerjasama dengan masyarakat setempat dan menarik minat serta kepekaan masyarakat supaya terlibat sama menangani apa jua perkembangan yang dilalui oleh sekolah.
- Menyemai rasa bangga dan sayang terhadap sekolah.
- Memupuk kesedaran untuk terus belajar, meningkatkan kemahiran, sentiasa memperbaharui azam, menanam dan mencernakan sahsiah terpuji dan nilai-nilai murni di kalangan pelajar.
- Sentiasa berusaha mengembangkan lagi kecekapan dan potensi staf dan kakitangan sekolah ke arah peningkatan produktiviti.
No comments:
Post a Comment