KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
(KSPK)
TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA :
1. Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan
2. Perkembangan Kreativiti
PERKEMBANGAN KREATIVITI
Perkembangan Kreativiti merangkumi :
1. Seni visual
2. Pendidikan Muzik serta Drama
3. Pergerakan Kreatif
Kanak-kanak diberi peluang untuk menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti.
Fokus seni visual adalah pada aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apresiasi.
Aplikasi seni merujuk kepada proses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya.
Ekspresi kreatif adalah proses penghasilan karya.
Apresiasi seni melibatkan proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran.
Drama dan Gerakan Kreatif merangkumi main peranan, berlakon, menari dan membuat gerakan kreatif.
No comments:
Post a Comment