BAHAN BANTU MENGAJAR


Bahan Bantu Mengajar  merupakan  kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam proses  menyampaikan pengajaran  pembelajaran. Bahan Bantu Mengajar merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya .
 

Terdapat tiga jenis bahan bantu mengajar iaitu ;
i) Bahan bantu mengajar bukan elektronik
ii)Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik
iii)Bahan bantu mengajar bercorak pengalaman
 
Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik  
1.Papan tulis    
2.Buku teks
3.Papan Pamer
4.Fail tegak dan bahan bacaan
5.Gambar
6.Kad imbasan atau kad cantuman
7. Carta
8. Grafik
9. Papan pengajaran
10. Model
11. Boneka
12. Diorama



     






Bahan Bantu Mengajar Berbentuk Elektronik
1.Overhead projektor (OHP ) 
2. Traspirensi
3. Slide
4.Radio
5. Televisyen dan VCR
6. Tayangan filem
7. Komputer


Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar dari alam sekitar
Bahan-bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran. Ini dapat mengekalkan keberkesanan pengetahuan dan pemahaman kerana melibatkan murid-murid  secara langsung. Bahan daripada alam sekitar yang dikelaskan sebagai bahan tiga dimensi terbahagi kepada beberapa kumpulan seperti:
   
 i-bahan bukan hidup:batu, tanah, pasir, air, logam dan sebagainya
 ii-bahan buatan:kerusi, jam, permainan, dan sebagainya 
 iii-tumbuhan seperti rumput, paku pakis, bunga dan sebagainya 
 iv-benda hidup : ikan, katak, nyamuk, rama-rama dan sebagainya.


           
Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan yang diterima daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh kecerdasan dan yang kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan dan pengalaman. Sungguhpun rangsangan dalam alam sekeliling ini amat banyak tetapi tidak semua rangsangan itu dapat diterima atau ditanggapi oleh manusia.
       
Rangsangan yang sukar diterima tidak akan dapat diproses dan tidak akan menjadi pengalaman. Oleh yang demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia, jika kurang mendapat rangsangan, ianya tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan pengalaman yang berkesan.
            
Berdasarkan hakikat inilah, peranan guru dalam menentukan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Ini adalah   kerana bahan-bahan itu merupakan media yang mampu mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak memperkembang kecerdasan dan pengalaman.
           
Guru-guru disarankan supaya dapat menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik, terutamanya dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan pengajaran, kerana inilah di antara aspek yang memberi kesan terhadap prestasi para pelajar.
         
Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai media pengajaran atau ‘ media’ yang boleh membantu guru dan membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap yang baik. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini melibatkan kerja-kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif pengajaran yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya.
            
Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran itu, guru hendaklah memproses bahan-bahan tersebut sebelum ianya digunakan. Beberapa langkah boleh digunakan, umpamanya proses memilih, mengolah, membina, menggunakan dan menilai.
Proses ini merupakan satu proses yang berterusan dan ianya harus dilakukan berdasarkan kriteria pemilihan bahan yang telah ditetapkan. Proses penyediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran mestilah :,
I.Mudah, jelas dan difahami oleh pelajar .
II.Mesej yang dapat ditafsir oleh pelajar 
III.Menolong interaksi yang aktif antara pelajar ,guru
IV.Membantu memokuskan perhatian murid                                       .
V.Menunjukkan kesinambungan idea dan keharmonian

6 comments:

  1. askm. saya ingin meletakkan afdvertising banner di blog ini. boleh contact saya di 010-2159000 - hairie

    ReplyDelete
  2. Terima kasih diatas perkongsian

    ReplyDelete
  3. Assalam.. Blh kongsikan no tel pembekal utk ABM ni...

    ReplyDelete
  4. Assalam.. Blh kongsikan no tel pembekal utk ABM ni...

    ReplyDelete
  5. Adakah BM diajar menggunakan 'finger ballad'?

    ReplyDelete