LATAR BELAKANG
Penubuhan Prasekolah SK Kampung Pasir Puteh adalah di
bawah Program Perluasan Prasekolah 2003 Negeri Perak. Prasekolah ini telah
dibuka pada 6 Januari 2003 dan mempunyai 2 kelas iaitu Kelas Al-Husna dan Kelas
Al-Huda. Kelas-kelas ini asalnya adalah2 unit kelas bangunan lama dan telah
diubahsuai serta diberi sentuhan bersesuaian dengan suasana prasekolah. Selain
daripada kelas untuk pengajaran dan pembelajaran, disediakan juga sebuah dapur
dan ruang makan untuk dikongsi bersama serta tandas bagi mewujudkan keselesaan,
seterusnya kebajikan murid-murid terjaga.
Di luar kelas prasekolah, telah
ditempatkan sebuah taman permainan yang mempunyai pondok kanak-kanak, buaian,
papan gelongsor dan setara dengan taman permainan kebiasaannya. Bilangan murid
prasekolah yang bagi kedua-dua kelas adalah seramai 50 orang. Hanya kanak-kanak
bertaraf warganegara Malaysia yang layak mengikuti pembelajaran di kelas
prasekolah. Pemilihan murid dibuat berdasarkan kelayakan pendapatan per kapita
keluarga.
Guru Prasekolah merupakan guru
terlatih Opsyen Pendidikan Prasekolah dan mempunyai kursus khusus Pendidikan
Prasekolah dari Maktab Perguruan dan memiliki Diploma Pendidikan Kementerian
Pelajaran Malaysia. Di samping itu, guru-guru prasekolah di bawah KPM sentiasa
diberi pendedahan dan kursus untuk meningkatkan lagi taraf profesionalisme
mereka sebagai guru prasekolah yang mantap. Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
adalah lantikan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan telah diberi
pendedahan tentang tugas-tugas sebagai pembantu prasekolah. PPM juga telah
diberi suntikan sebagai syarat untuk menyediakan makanan kepada murid. Semua
ini adalah usaha dan keprihatinan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
melahirkan anak didik prasekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai
pewaris Negara yang mampu menyahut cabaran pemimpin negara dalam era
globalisasi pada masa hadapan.
PRASEKOLAH AL-HUSNA
Pada tahun 2013 Prasekolah Al-Husna mempunyai 25 orang murid iaitu 15 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan. Guru Prasekolah Al-Husna ialah Puan Suriati Bt Kasim manakala Puan Hasni Aiza Bt Mohamad Rashid merupakan Pembantu Pengurusan Murid PPM.
Murid-murid kebanyakkannya hadir ke sekolah pada jam 7.30 hingga 8.00 pagi. Waktu pembelajaran di kelas prasekolah bermula dari jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengah hari.
Pelbagai kemudahan disediakan di kelas prasekolah bagi menjamin satu pembelajaran yang sempurna untuk murid-murid. Antara kemudahan yang disediakan seperti gambar di bawah.
Bangunan Prasekolah SKKPP |
Visi dan Misi Prasekolah |
Bangunan Utama SKKPP |
Baik dan menarik blog cikgu.......
ReplyDelete