PRASEKOLAH SKKPP


                 LATAR BELAKANG 

Penubuhan  Prasekolah SK Kampung Pasir Puteh adalah di bawah Program Perluasan Prasekolah 2003 Negeri Perak. Prasekolah ini telah dibuka pada 6 Januari 2003 dan mempunyai 2 kelas iaitu Kelas Al-Husna dan Kelas Al-Huda. Kelas-kelas ini asalnya adalah2 unit kelas bangunan lama dan telah diubahsuai serta diberi sentuhan bersesuaian dengan suasana prasekolah. Selain daripada kelas untuk pengajaran dan pembelajaran, disediakan juga sebuah dapur dan ruang makan untuk dikongsi bersama serta tandas bagi mewujudkan keselesaan, seterusnya kebajikan murid-murid terjaga.

Di luar kelas prasekolah, telah ditempatkan sebuah taman permainan yang mempunyai pondok kanak-kanak, buaian, papan gelongsor dan setara dengan taman permainan kebiasaannya. Bilangan murid prasekolah yang bagi kedua-dua kelas adalah seramai 50 orang. Hanya kanak-kanak bertaraf warganegara Malaysia yang layak mengikuti pembelajaran di kelas prasekolah. Pemilihan murid dibuat berdasarkan kelayakan pendapatan per kapita keluarga.

Guru Prasekolah merupakan guru terlatih Opsyen Pendidikan Prasekolah dan mempunyai kursus khusus Pendidikan Prasekolah dari Maktab Perguruan dan memiliki Diploma Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Di samping itu, guru-guru prasekolah di bawah KPM sentiasa diberi pendedahan dan kursus untuk meningkatkan lagi taraf profesionalisme mereka sebagai guru prasekolah yang mantap. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) adalah lantikan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan telah diberi pendedahan tentang tugas-tugas sebagai pembantu prasekolah. PPM juga telah diberi suntikan sebagai syarat untuk menyediakan makanan kepada murid. Semua ini adalah usaha dan keprihatinan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan anak didik prasekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai pewaris Negara yang mampu menyahut cabaran pemimpin negara dalam era globalisasi pada masa hadapan.



                         PRASEKOLAH AL-HUSNA

Pada tahun 2013 Prasekolah Al-Husna mempunyai 25 orang murid iaitu 15 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan. Guru Prasekolah Al-Husna ialah Puan Suriati Bt Kasim manakala Puan Hasni Aiza Bt Mohamad Rashid merupakan Pembantu Pengurusan Murid PPM. 

Murid-murid kebanyakkannya hadir ke sekolah pada jam 7.30 hingga 8.00 pagi. Waktu pembelajaran di kelas prasekolah bermula dari jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengah hari.

Pelbagai kemudahan disediakan di kelas prasekolah bagi menjamin satu pembelajaran yang sempurna untuk murid-murid. Antara kemudahan yang disediakan seperti gambar di bawah.



Bangunan Prasekolah SKKPP

Visi dan Misi Prasekolah

Bangunan Utama SKKPP














1 comment: