Wednesday 3 April 2013

STANDARD DOMAIN KREATIVITI (SDK)

        Kreativiti adalah potensi semula jadi yang dipunyai oleh semua individu. Pemikiran kreatif dan inovatif perlu dipupuk di kalangan murid semasa proses pembelajaran dan pengajaran mulai dari perasekolah lagi. Kurikulum persekolahan perlu memberi peluang kepada murid untuk menjadikan mereka suka menyoal dan mencari jawapan, membuat perkaitan dan melihat hubung kait, menjangka apa yang akan berlaku, membuat spekulasi tentang kemungkinan, meneroka idea, berfikir secara liberal dan membuat refleksi tentang idea, tindakan dan hasil. Peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif boleh diberikan kepada kanak-kanak.

Pemupukan kreativiti dan inovasi dalam kurikulum prasekolah dimantapkan melalui dua pendekatan utama iaitu :

  1. Penerapan kreativiti dan inovasi dalam semua tunjang melalui aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
  2. Memberi fokus khusus kepada kreativiti melalui pendidikan muzik dan pendidikan seni visual.

Standard Domain Kreatif di prasekolah terdiri daripada dua komponen iaitu:

Standard Domain Kreativiti Pertama : Guru prasekolah perlu menyediakan peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif.

Standard Domain Kreativiti Kedua : Guru prasekolah perlu menyediakan peluang kepada murid agar mereka menghayati dan menghargai nilai estetika dalam kehidupan dan seterusnya meningkatkan naluri mereka untuk menghasilkan karya kreatif secara berterusan dan beretika.

               

No comments:

Post a Comment